Author Archives: yeejin727

KAD DEBIT ISLAMIC DENGAN PERLINDUNGAN TAKAFUL DITAWARKAN OLEH AL-RAJHI BANK MALAYSIA 2016

Al Rajhi Bank Malaysia kini menawarkan Rafahia Debit Card-i, kad debit Islamik pertama Malaysia dengan perlindungan Takaful sehingga RM1 juta.

Pelanggan layak mendapat perlindungan sehingga RM500,000 di seluruh dunia, yang digandakan sehingga RM1 juta semasa pengguna menunai haji atau umrah.

Pelanggan layak mendapat perlindungan sehingga RM500,000 di seluruh dunia, yang digandakan sehingga RM1 juta semasa pengguna menunai haji atau umrah.

Produk itu disediakan untuk pengguna Islam yang mahu menunai haji atau umrah dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Al Rajhi Bank Malaysia ialah anak syarikat milik penuh Bank Islam terbesar dunia, Al-Rajhi Bank, Arab Saudi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Steve Chen berkata pelanggan layak mendapat perlindungan sehingga RM500,000 di seluruh dunia, yang digandakan sehingga RM1 juta semasa pengguna menunai haji atau umrah.

“Selain itu, pelanggan akan menikmati yuran pengeluaran paling rendah iaitu RM6 di semula mesin ATM Al-Rajhi Bank di Arab Saudi.

“Berdasarkan kelebihan ini, kami yakin dapat mendaftarkan 20,000 pemegang Rafahia Debit kad-i menjelang akhir tahun,” katanya pada sidang media selepas pelancaran produk baharu itu di sini hari ini.

“Pelanggan berpeluang menerima pembayaran balik sehingga RM60,000 bagi pengangkutan ke hospital terdekat dan penghantaran balik ke Malaysia di bawah pengawasan perubatan sekiranya berlaku kemalangan ketika dalam perjalanan,” katanya.

Chen berkata pelanggan juga akan menerima bayaran sekali gus untuk haji badal sehingga RM8,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan/hilang upaya kekal, dan sehingga RM1,500 sekiranya berlaku kehilangan bagasi semasa perjalanan.
Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Al Rajhi Bank Malaysia Datuk Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan berkata Rafahia Debit-i juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bank mengaplikasikan permintaan kewangan moden menerusi pembangunan produk inovatif yang menarik pasaran sasaran.

Mulai cawangan pertama dan utama di Jalan Ampang pada Oktober 2006, Al Rajhi kini mempunyai 24 cawangan di seluruh negara, termasuk 17 di Lembah Klang dan masing-masing di Johor, Melaka, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Baharu, Kuantan, Kuching, Sungai Petani dan Kota Kinabalu.

MAYBANK ADALAH SYARIKAT TERKEMUKA MALAYSIA DALAM FORBES GLOBAL 2000

KUALA LUMPUR: Kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar Malaysia, Maybank yang memiliki aset bernilai US$165 bilion, berjaya menduduki tempat ke-362 daripada 500 syarikat awam terbesar dalam Senarai Tahunan Forbes Global 2000 untuk tahun ini.

Maybank berjaya menduduki tempat ke-362 daripada 500 syarikat awam terbesar dalam Senarai Tahunan Forbes Global 2000 untuk tahun ini.

Maybank berjaya menduduki tempat ke-362 daripada 500 syarikat awam terbesar dalam Senarai Tahunan Forbes Global 2000 untuk tahun ini.

Senarai itu turut memaparkan kejayaan Maybank memperbaiki kedudukannya dengan melonjak 11 tempat berbanding kedudukan ke-371, pada tahun lepas.

Syarikat Malaysia lain yang turut tersenarai dalam kelompok 500 syarikat itu adalah Tenaga Nasional Berhad di tempat ke-464.

Sejumlah 15 syarikat Malaysia tersenarai dalam senarai 2,000 syarikat awam terbesar itu termasuk Public Bank (di tempat ke-581), CIMB Group Holdings (668), Sime Darby (813), Axiata Group (1,028), Genting Bhd (1,246), Petronas Chemicals (1,293) dan MISC di 1,344.

RHB Capital pula berada di tempat ke-1,398 senarai itu diikuti Hong Leong Financial (1,431), Petronas Gas (1,487), AmBank Group (1,535), Maxis (1,546) dan IHH Healthcare di tangga ke-1,938.

Menurut Forbes, kaedah penyenaraian bagi senarai 2000 Global itu adalah dengan menggunakan data sistem FactSet Research bagi menyaring syarikat awam terbesar mengikut empat metrik iaitu jualan, keuntungan, aset serta nilai pasaran.

Malah, aspek nilai pasaran itu dikira berdasarkan harga penutup setakat 22 April, 2016 dan termasuk kesemua saham biasa.

Dalam pada itu, Industrial and Commercial Bank of China, China Construction Bank dan Agricultural Bank of China menguasai kedudukan tiga senarai teratas Forbes Global 2000 yang juga kedudukan tahunan syarikat awam terbesar dunia.

BANK DUNIA MENGURANKAN UNJURAN PERTUMBUHAN GLOBAL DARI 2.9% KEPADA 2.4% – TAHUN 2016

KUALA LUMPUR: Bank Dunia menyemak turun unjurannya terhadap pertumbuhan global kepada 2.4 peratus bagi tahun ini berbanding 2.9 peratus yang dibuatnya pada Januari lepas.

71465383338_TheWorldBank

Januari lalu, unjuran Bank Dunia terhadap pertumbuhan global adalah 2.9 peratus.

Ia berikutan perkembangan semasa termasuk kelembapan pertumbuhan ekonomi negara maju, harga komoditi yang rendah, kelemahan perdagangan global serta pengurangan aliran modal.

Menurut maklumat kemas kini terbaharu Laporan Prospek Ekonomi Global Bank Dunia, pasaran baharu muncul berteraskan eksport komoditi serta kalangan negara membangun ternyata bergelut agar selaras dengan penyusutan harga minyak mentah dan komoditi utama lain yang merupakan separuh daripada punca semakan turun itu.

“Pertumbuhan di negara-negara ekonomi itu dijangka berkembang pada kadar 0.4 peratus tahun ini iaitu berkurangan sebanyak 1.2 mata peratus berbanding unjuran pada Januari lepas.

“Perkembangan melibatkan kelembapan pertumbuhan itu jelas membuktikan betapa pentingnya untuk negara-negara ini melaksanakan dasar yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi serta mempertingkatkan kehidupan mereka yang dibelenggu kemiskinan tegar,” kata Presiden Kumpulan Bank Dunia, Jim Yong Kim dalam satu kenyataan, hari ini.

Sambil menyifatkan perkembangan ekonomi itu akan kekal sebagai pemacu utama dalam usaha pembasmian kemiskinan, Jim berkata ia turut menjadi antara alasan kebimbangan Bank Dunia terhadap kelembapan pertumbuhan yang ketara di negara-negara membangun dan pengeksport komoditi berikutan tekanan harga
komoditi.

Bank Dunia turut menjangkakan pertumbuhan di rantau Asia Timur dan Asia Pasifik adalah lebih perlahan kepada 6.3 peratus pada 2016 manakala pengembangan China disasarkan susut kepada 6.7 peratus sebagaimana diunjurkan pada Januari lepas.

Rantau itu, kecuali China, dijangka berkembang pada 4.8 peratus pada 2016 iaitu tidak berubah berbanding 2015.

Prospek itu jelas menunjukkan kelembapan pertumbuhan China seiring perkembangan kukuh aspek pembaharuan stukturnya dan rangsangan dasar yang sewajarnya.

Pertumbuhan di pelusuk lain rantau itu juga dijangka didorong peningkatan pelaburan di beberapa negara besar seperti Indonesia, Malaysia dan Thailand selain kadar penggunaan yang kukuh berikutan harga komoditi yang rendah di Thailand, Filipina dan Vietnam.

PERDA Akan Dikembalikan Kepada KKLW- Tahun 2016

TASEK GELUGOR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sentiasa bersedia dan terbuka untuk menerima kembali kemasukan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) sebagai agensinya.

ISMAIL SABRI: Sehingga kini geran bernilai hampir RM630,000 telah dimanfaatkan oleh 42 peserta Tube untuk memula dan menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang.

ISMAIL SABRI: Sehingga kini geran bernilai hampir RM630,000 telah dimanfaatkan oleh 42 peserta Tube untuk memula dan menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya sentiasa menyokong perkara itu jika ia lebih menguntungkan masyarakat Bumiputera dari segi keusahawanan, perusahaan dan pembangunan ekonomi.

“Asalnya Perda memang di bawah KKLW, di bawah agensi wilayah seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

“Namun Perda dikeluarkan perdana menteri pada waktu itu iaitu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana nak bagi tumpuan khas kepada Perda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBex) di Dataran Transformasi di sini, hari ini.

Beliau berkata jika Perda, yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 2005 dipulangkan kepada KKLW, kementerian bukan sahaja menyediakan pelbagai program khusus, malah turut mempunyai peruntukan khas untuk agensi berkenaan.

“Bagaimana pun keputusan untuk mengembalikan Perda kepada KKLW masih dalam pertimbangan MOF (Kementerian Kewangan) dan EPU (Unit Perancang Ekonomi),” kata Ismail Sabri.

Sementara itu Pengerusi Perda, Datuk Shabudin Yahaya berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminta agensi itu dimasukkan kembali di bawah KKLW lebih kurang dua tahun lalu.

“Perkara ini bukan mudah, perlu melalui pelbagai proses dan akan ambil masa yang lama (untuk diluluskan). Setakat ini respons diterima adalah baik dan pihak kementerian (KKLW) dan JPM (Jabatan Perdana Menteri) tiada halangan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memberitahu program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) yang dilaksana sejak 2014 berjaya mewujudkan 937 perniagaan baharu dengan nilai terkumpul sebanyak RM17.8 juta di samping mewujudkan kira-kira 850 peluang pekerjaan.

“Sehingga kini geran bernilai hampir RM630,000 telah dimanfaatkan oleh 42 peserta Tube untuk memula dan menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang.

“Mengenai PenBex, selain menjadi medan business matching atau business networking, ia juga berperanan sebagai platform kepada agensi-agensi kerajaan untuk kenal pasti usahawan berpotesni untuk pasaran dalam dan luar negara,” katanya.

CREDIT GUARANTEE CORPORATION(CGC) 2016 MENGATAKAN SEKTOR PEMBINAAN DIJANGKA BERTAMBAH BAIK

KUALA LUMPUR: Sektor pembinaan dijangka bertambah baik dengan adanya beberapa projek utama yang sedang dilaksanakan.

CIMB Bank Berhad menandatangani MOU bersama CGC untuk meningkatkan pembiayaan produk ECL

CIMB Bank Berhad menandatangani MOU bersama CGC untuk meningkatkan pembiayaan produk ECL

Menurut Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Credit Guarantee Corporation (CGC), Mohd Zamree Mohd Ishak, antaranya adalah projek pembinaan jalan raya Pan Borneo dan projek MRT laluan kedua.

Katanya, projek yang bernilai berbilion ringgit itu akan membantu pertumbuhan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat sebagai vendor.

“Sektor yang paling terjejas (dalam situasi ekonomi yang tidak menentu) ialah sektor pembinaan tetapi kami kekal optimis dengan pertumbuhan sektor tersebut.

“Ini kerana terdapat beberapa projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan seperti jalan raya Pan Borneo, Kompleks Petroleum Pengerang di Johor, hab pembangunan halal dan juga laluan kedua MRT,” kata Zamree.

Menurut Zamree, PKS memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Oleh itu, katanya CGC bekerjasama dengan CIMB Bank Berhad dalam menyediakan pembiayaan yang lebih tinggi berbanding tahun lalu melalui produk Pinjaman Bersih Perusahaan (ECL).

“Dengan ini, kami berharap dapat memainkan peranan kami dalam menyokong aspirasi negara bagi PKS untuk menyumbang 41 peratus dalam KDNK negara menjelang 2020,” kata Zamree.

ECL kini menyediakan pembiayaan bernilai RM1 bilion bagi memanfaatkan lebih banyak PKS dari semua sektor.

Ini merupakan peningkatan RM750 juta berbanding pembiayaan RM250 juta tahun lepas.

Pada 2015, ECL memanfaatkan lebih 400 PKS dengan purata pinjaman antara RM350 ribu hingga RM500 ribu.

“Apa yang penting ialah seperti yang dikatakan Zamree tadi, kadar pertumbuhan PKS lebih pantas daripada kadar pertumbuhan negara.
“Oleh itu, PKS menjadi fokus utama kami dari segi sumbangan kepada KDNK dan juga sumbangan kepada tenaga kerja negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Perbankan Pengguna CIMB, Renzo Viegas

Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan, CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, pada 2015 PKS menyumbang kepasa 36 peratus pendapatan negara dan 65 peratus tenaga kerja.

Ia turut menyumbang kepada 18 peratus eksport negara.