Author Archives: yeejin727

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 2016 MENCADANGKAN PENGENAAN CUKAI ATAS BUSINESS TALIAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan bercadang untuk mengenakan cukai kepada perniagaan atas talian tahun depan.

LHDN yang telah wujudkan 'bahagian perniagaan atas talian dan perdagangan' dan juga bekerjasama dengan SSM untuk membuat penilaian berkenaan

LHDN yang telah wujudkan ‘bahagian perniagaan atas talian dan perdagangan’ dan juga bekerjasama dengan SSM untuk membuat penilaian berkenaan

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, ini didorong kemajuan yang dicapai sektor berkaitan internet.

Tambahnya, kementerian telah meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk melakukan penilaian penuh perkara berkenaan.

“Penilaian dan kajian menyeluruh, bagi mengenakan cukai kepada mereka ini (peniaga atas talian) yang mendapat pendapatan yang boleh dicukai.

“Jika tidak, ia akan merupakan kerugian pendapatan terhadap kerajaan. Bergerak ke hadapan, banyak perniagaan berpindah ke ekonomi digital, sebab itu pungutan cukai kita perlu cekap dan melihat ke bahagian ini bersesuaian dengan transformasi ekonomi,” ujarnya.

Tambahnya, LHDN yang telah mewujudkan ‘bahagian perniagaan atas talian dan perdagangan’ dan juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk melakukan penilaian berkenaan.

Beliau memberi contoh, dalam kajian yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menunjukkan pendapatan pemandu Uber dan Grab Car yang mencecah RM7,000 sebulan.
Menurut beliau, ini adalah dalam lingkungan pendapatan yang boleh dicukai.

GABENOR BANK NEGARA 2016 : BERI MASA 1MDB UNTUK STRUKTUR BALIK SYARIKAT

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia akan memberikan tempoh masa kepada One Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi melakukan penstrukturan menggunakan wang yang sepatutnya dibawa pulang ke Malaysia.

Penstrukturan memakan masa, mereka perlu merundingan penyelesaian. Berikan mereka masa yang cukup untuk selesaikan tanggungan

Penstrukturan memakan masa, mereka perlu merundingan penyelesaian. Berikan mereka masa yang cukup untuk selesaikan tanggungan

Menurut Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim, Bank Negara bagaimanapun tidak menetapkan tempoh masa memandangkan penstrukturan memakan masa panjang.

Beliau pada masa sama berkata 1MDB juga sudah menyatakan komitmen bayaran kompaun

sebelum tarikh akhir 30 Mei ini.

“Penstrukturan memakan masa, mereka perlu merundingan penyelesaian. Berikan mereka masa yang cukup untuk selesaikan tanggungan.

“Apabila penstrukturan hutang dilakukan, ia memakan masa kerana melibatkan banyak pihak. Rundingan dan penyelesaiana bakal memakan masa bergantung kepada kerumitan,” kata beliau dalam pembentangan prestasi ekonomi suku pertama 2016 di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap 1MDB.

BNM pada 28 April mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Ini termasuk mengkehendaki 1MDB menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikah oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011.
1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh BNM untuknya memberikan alasan yang kukuh berhubung ketidaupayaan untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik itu.

Pembayaran kompaun itu menandakan tamatnya siasatan BNM berhubung ketidakpatuhan 1MDB terhadap peraturan dan pengawalan BNM

GABENOR BANK NEGARA 2016 YAKIN KERAJAAN AKAN SELESAIKAN SEMUA KOMITMEN HUTANG

KUALA LUMPUR:

Muhammad menambah, sentimen pasaran dijangka pulih dengan selesainya isu syarikat pelaburan strategik 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim menyuarakan keyakinan kerajaan akan menyelesaikan semua hutang dan komitmennya.

Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim menyuarakan keyakinan kerajaan akan menyelesaikan semua hutang dan komitmennya.

“Saya yakin kerajaan akan penuhi semua tanggungjawab hutangnya. Juga dengan selesainya isu 1MDB, ia akan memulihkan sentimen pasaran,” kata beliau pada Forum Kewangan Islam Global 5.0 (GIFF 5.0) di ibu negara pada Rabu.

Beliau membuat kenyataan berkenaan ketika ditanya berkenaan status pembayaran faedah AS$52.4 juta ke atas bon 1MDB bernilai AS$1.75 billion yang matang pada Mei 2022.

Pada bulan April, 1MDB telah mungkir pembayaran faedah ke atas bon matang Oktober 2022 bernilai AS$50.3 juta.

Kemungkiran tersebut turut melibatkan pertikaian dengan International Petroleum Investment Company, IPIC.

Sementara itu, agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings dalam kenyataan pada Selasa yakin kesan kemungkiran faedah 1MDB pada April masih terkawal dan tidak menjejaskan penarafan Malaysia.
Fitch turut mengesahkan penarafan Malaysia pada ‘A-/Stabil’

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia RM381.4 bilion setakat 29 April 2016

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM381.4 bilion setakat 29 April 2016.

Jumlah itu bersamaan US$97 bilion dolar.

41458735560_BANKNEGARA

Paras rizab antarabangsa BNM memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan satu kali hutang luar negeri jangka pendek

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan satu kali hutang luar negeri jangka pendek.

Dalam kenyataan oleh bank pusat itu, ia berkata komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing berjumlah US$89.1 bilion, kedudukan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada US$8 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) berjumlah US$1.2 bilion, emas (US $ 1.4 bilion) dan aset rizab lain berjumlah US$4.5 bilion.

Bank pusat berkata aset keseluruhannya berjumlah RM403.198 bilion.

Ia termasuk kertas kerajaan Malaysia pada RM2.049 bilion, deposit dengan institusi kewangan, RM1.783 bilion, pinjaman dan pendahuluan pada RM7.252 bilion, tanah dan bangunan, RM2.113 biliondan aset-aset lain berjumlah RM8 0,648 bilion.
Manakala liabilitinya terdiri daripada modal berbayar, RM100 juta, rizab, RM102.424 bilion, mata wang dalam edaran RM89.393 bilion, deposit oleh institusi kewangan, RM161.216 bilion, deposit kerajaan persekutuan, RM8.617 bilion, deposit lain, RM625.224 juta, kertas Bank Negara, RM19.343 bilion, peruntukan SDR, RM7.370 bilion dan liabiliti lain pada RM14.107 bilion.

GST BANYAK MEMBANTU NEGARA DIKATAKAN OLEH GABENOR BANK NEGARA 2016

PUTRAJAYA: Gabenor Bank Negara yang baru, Datuk Muhammad Ibrahim mengakui pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi sebagai langkah cerdik Kerajaan untuk membantu negara menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia.

NAJIB: 'Pengenalan GST, walaupun barang naik sikit, telah memberi asas kekuatan kepada hasil revenue base yang lebih besar kepada kerajaan dan negara kita'.

NAJIB: ‘Pengenalan GST, walaupun barang naik sikit, telah memberi asas kekuatan kepada hasil revenue base yang lebih besar kepada kerajaan dan negara kita’.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, perkara itu dimaklumkan dalam perbualan beliau dengan Muhammad baru-baru ini.

Menurut beliau, Muhammad berpendapat sekiranya langkah-langkah berkenaan tidak diperkenalkan, negara mungkin berdepan dengan nasib yang sama seperti negara Greece yang telah mengalami bankrap.

“Jadi pengenalan GST, walaupun harga barang naik telah memberi asas kekuatan kepada hasil revenue base yang lebih besar kepada kerajaan dan negara kita,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, pagi ini.

Najib berkata sekiranya “ditarik atau ditolak” RM40 bilion daripada hasil negara setahun, ia akan memberi kesan kepada negara.

Muhammad dilantik sebagai Gabenor Bank Negara ke-8 berkuatkuasa 1 Mei 2016 bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang bersara selepas menerajui bank pusat itu selama 16 tahun.

Tambah beliau, pengenalan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan langkah memberi kelonggaran cukai termasuk pengecualian barangan GST ‘zero-rated’ adalah untuk melindungi rakyat daripada tekanan.

Perdana Menteri berkata ketika ekonomi dunia berdepan dengan kejatuhan harga minyak dan juga harga komoditi lain, kerajaan masih lagi mampu menjalankan dan melaksana pelbagai program untuk rakyat.

Ia termasuk kenaikan tahunan khas satu mata tangga gaji bermula 1 Julai bagi pengawai-pegawai perkhidmatan awam yang akan tetap dilaksanakan serta gaji minimum yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua sektor termasuk industri kecil dan sederhana (IKS) untuk meningkatkan produktiviti masing-masing.
Tambahnya negara mencatatkan pencapaian 2.3 peratus untuk produktiviti negara ketika Rancangan Malaysia (RMK)ke-10.

Namun usaha perlu dilipatgandakan bagi meningkatkan kadar itu di bawah RMK11.