Tag Archives: pinjaman

3 Sebab Utama Yang Menyebabkan Permohonan Pinjaman Perumahan Tidak Dilulus

KUALA LUMPUR: Penolakan kelulusan pinjaman perumahan dijangka lebih tinggi tahun ini berbanding tahun lepas.

Penolakkan kelulusan pinjaman perumahan dijangka lebih tinggi tahun ini - Datuk Abdul Farid Alias

Penolakkan kelulusan pinjaman perumahan dijangka lebih tinggi tahun ini – Datuk Abdul Farid Alias

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata menurut data Persatuan Perbankan Malaysia, pada 2015, sebanyak 456,000 permohonan dibuat bagi pinjaman perumahan

Daripada jumlah itu, 93,000 ataupun 20 peratus permohonan ditolak.

Tahun ini, setakat akhir Februari tahun ini, 20.6 peratus permohonan pinjaman perumahan tidak diluluskan.

Berikut adalah tiga sebab pemohonan pinjaman perumahan anda tidak diluluskan:

1. Nisbah kemampuan bayar balik hutang

Nisbah kemampuan bayar balik hutang ialah nisbah wang tunai yang ada dalam simpanan ke hutang khidmat untuk bayaran faedah, pokok dan pajakan.

Jika nisbah ini dilepasi, ini bermaksud terdapat banyak pinjaman di bawah nama pemohon dan pemohon mungkin tidak mampu membayar balik hutang.

2. Prestasi kredit yang kurang memuaskan

Pemohon dengan prestasi kredit yang kurang memuaskan selalunya mempunyai rekod perbankan yang tidak memuaskan.

Ini termasuk pembayaran hutang lewat lebih 90 hari dan kemuflisan.

Dokumentasi yang tidak menyokong pemohonan turut memainkan peranan yang penting dalam pinjaman perumahan.

3. Pendapatan yang tidak mencukupi
Pendapatan memainkan peranan yang penting dalam kelulusan pemohonan pinjaman perumahan.

Pada kebanyakan masa, pemohon tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membayar balik hutang.

Walau bagaimanapun, kerajaan meneruskan usaha menyediakan rumah mampu milik untuk membantu masyarakat memiliki rumah pertama.