Tag Archives: kredit

3 Sebab Utama Yang Menyebabkan Permohonan Pinjaman Perumahan Tidak Dilulus

KUALA LUMPUR: Penolakan kelulusan pinjaman perumahan dijangka lebih tinggi tahun ini berbanding tahun lepas.

Penolakkan kelulusan pinjaman perumahan dijangka lebih tinggi tahun ini - Datuk Abdul Farid Alias

Penolakkan kelulusan pinjaman perumahan dijangka lebih tinggi tahun ini – Datuk Abdul Farid Alias

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata menurut data Persatuan Perbankan Malaysia, pada 2015, sebanyak 456,000 permohonan dibuat bagi pinjaman perumahan

Daripada jumlah itu, 93,000 ataupun 20 peratus permohonan ditolak.

Tahun ini, setakat akhir Februari tahun ini, 20.6 peratus permohonan pinjaman perumahan tidak diluluskan.

Berikut adalah tiga sebab pemohonan pinjaman perumahan anda tidak diluluskan:

1. Nisbah kemampuan bayar balik hutang

Nisbah kemampuan bayar balik hutang ialah nisbah wang tunai yang ada dalam simpanan ke hutang khidmat untuk bayaran faedah, pokok dan pajakan.

Jika nisbah ini dilepasi, ini bermaksud terdapat banyak pinjaman di bawah nama pemohon dan pemohon mungkin tidak mampu membayar balik hutang.

2. Prestasi kredit yang kurang memuaskan

Pemohon dengan prestasi kredit yang kurang memuaskan selalunya mempunyai rekod perbankan yang tidak memuaskan.

Ini termasuk pembayaran hutang lewat lebih 90 hari dan kemuflisan.

Dokumentasi yang tidak menyokong pemohonan turut memainkan peranan yang penting dalam pinjaman perumahan.

3. Pendapatan yang tidak mencukupi
Pendapatan memainkan peranan yang penting dalam kelulusan pemohonan pinjaman perumahan.

Pada kebanyakan masa, pemohon tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membayar balik hutang.

Walau bagaimanapun, kerajaan meneruskan usaha menyediakan rumah mampu milik untuk membantu masyarakat memiliki rumah pertama.

Pemegang Kad Kredit Wajib Guna Nombor Pin – Year 2016

PADANG BESAR 18 Mac – Mulai tahun hadapan, semua pemegang kad kredit diwajib memasukkan nombor pin keselamatan sebelum sesuatu transaksi boleh dilakukan berbanding penggunaan tandata­ngan pada masa kini.

Chua Tee Yong (tengah) melihat pelan Kilang Industri Kecil Sederhana (IKS) sambil diberi penerangan oleh Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Norsiake Kassim (kiri)) di Kawasan Perindustrian Padang Besar, Perlis, semalam.

Chua Tee Yong (tengah) melihat pelan Kilang Industri Kecil Sederhana (IKS) sambil diberi penerangan oleh Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Norsiake Kassim (kiri)) di Kawasan Perindustrian Padang Besar, Perlis, semalam.

Langkah itu bagi mengatasi penyelewengan kad kredit yang kini mencatatkan kerugian antara RM30 hingga RM40 juta setahun atau 0.03 sehingga 0.04 peratus daripada nilai transaksi setahun.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, penggunaan nombor pin keselamatan untuk setiap transaksi kad kredit merupakan langkah diambil kerajaan bagi menambah baik sistem keselamatan kad berkenaan.
“Walaupun peratusan penipuan ked kredit di negara ini kecil iaitu antara 0.03 hingga 0.04 peratus, nilainya tinggi iaitu RM30 juta hingga RM40 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas meninjau perkembangan pembinaan sebanyak 12 buah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di Kawasan Perindustrian Padang Besar.
Menurut Tee Yong, pihak kerajaan berpuas hati dengan tahap ke­selamatan perbankan Internet yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah dinaik taraf.
“Bagaimanapun kita perlu menambah baik lagi sistem keselamatan transaksi kad kredit di premis-premis perniagaan bagi mengelak penyelewengan.
“Ini disebabkan sistem ke­selamatan sedia ada agak lemah kerana kebanyakan peniaga tidak membandingkan tandatangan pada resit dengan yang tertera pada kad kredit,” katanya.
Dalam pada itu, Tee Yong memberitahu, projek pembinaan kilang berkenaan yang menelan belanja RM5.4 juta dijangka dapat di­siapkan pada Oktober ini.
Beliau berharap ia dapat menjana peluang pelaburan dan pekerjaan bagi penduduk negeri ini, khususnya dalam sektor peruncitan dan perdagangan.
“Kita yakin kedudukan yang strategik antara Thailand dan Perlis, kilang ini dapat memberi impak besar kepada ekonomi negeri,” kata­nya yang memberitahu setiap unit kedai itu dijual antara RM500,000 sehingga RM1 juta.