Tag Archives: inflasi tahun 2016

Kadar Inflasi Akan Turun apabila Harga Barang Sudah Selaras GST – Tahun 2016

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata kenaikan 4.2 peratus Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi Februari 2016 adalah disebabkan impak langsung dari pengenaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas harga barangan yang mula dilaksanakan tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau yakin kadar inflasi negara akan menurun sekiranya harga barang sudah diselaraskan dengan GST.

Johari yakin kadar inflasi negara akan menurun sekiranya harga barang sudah selaras dengan GST

Johari yakin kadar inflasi negara akan menurun sekiranya harga barang sudah selaras dengan GST

Kata Johari, kesan ketara boleh dilihat ke atas harga barangan yang tidak terkawal, namun ia masih terletak ke atas keputusan pengguna sama ada akan membeli barangan tersebut atau tidak.

“Perlu dipertimbangkan, inflasi tiga persen adalah disebabkan kesan langsung dari GST terutamanya pada harga barang tidak terkawal yang naik kerana kos GST dan SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) yang wajib ditanggung peniaga.

“Saya percaya, dalam jangka masa panjang, harga barang ini akan menurun selepas ia sudah disesuaikan dengan GST.
“Ketika ini bergantung kepada pengguna dalam membuat pilihan bijak semasa berbelanja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Keluarga Perbendaharaan 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini pagi tadi.