Tag Archives: 1MDB

GABENOR BANK NEGARA 2016 : BERI MASA 1MDB UNTUK STRUKTUR BALIK SYARIKAT

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia akan memberikan tempoh masa kepada One Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi melakukan penstrukturan menggunakan wang yang sepatutnya dibawa pulang ke Malaysia.

Penstrukturan memakan masa, mereka perlu merundingan penyelesaian. Berikan mereka masa yang cukup untuk selesaikan tanggungan

Penstrukturan memakan masa, mereka perlu merundingan penyelesaian. Berikan mereka masa yang cukup untuk selesaikan tanggungan

Menurut Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim, Bank Negara bagaimanapun tidak menetapkan tempoh masa memandangkan penstrukturan memakan masa panjang.

Beliau pada masa sama berkata 1MDB juga sudah menyatakan komitmen bayaran kompaun

sebelum tarikh akhir 30 Mei ini.

“Penstrukturan memakan masa, mereka perlu merundingan penyelesaian. Berikan mereka masa yang cukup untuk selesaikan tanggungan.

“Apabila penstrukturan hutang dilakukan, ia memakan masa kerana melibatkan banyak pihak. Rundingan dan penyelesaiana bakal memakan masa bergantung kepada kerumitan,” kata beliau dalam pembentangan prestasi ekonomi suku pertama 2016 di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap 1MDB.

BNM pada 28 April mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Ini termasuk mengkehendaki 1MDB menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikah oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011.
1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh BNM untuknya memberikan alasan yang kukuh berhubung ketidaupayaan untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik itu.

Pembayaran kompaun itu menandakan tamatnya siasatan BNM berhubung ketidakpatuhan 1MDB terhadap peraturan dan pengawalan BNM

GABENOR BANK NEGARA 2016 YAKIN KERAJAAN AKAN SELESAIKAN SEMUA KOMITMEN HUTANG

KUALA LUMPUR:

Muhammad menambah, sentimen pasaran dijangka pulih dengan selesainya isu syarikat pelaburan strategik 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim menyuarakan keyakinan kerajaan akan menyelesaikan semua hutang dan komitmennya.

Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim menyuarakan keyakinan kerajaan akan menyelesaikan semua hutang dan komitmennya.

“Saya yakin kerajaan akan penuhi semua tanggungjawab hutangnya. Juga dengan selesainya isu 1MDB, ia akan memulihkan sentimen pasaran,” kata beliau pada Forum Kewangan Islam Global 5.0 (GIFF 5.0) di ibu negara pada Rabu.

Beliau membuat kenyataan berkenaan ketika ditanya berkenaan status pembayaran faedah AS$52.4 juta ke atas bon 1MDB bernilai AS$1.75 billion yang matang pada Mei 2022.

Pada bulan April, 1MDB telah mungkir pembayaran faedah ke atas bon matang Oktober 2022 bernilai AS$50.3 juta.

Kemungkiran tersebut turut melibatkan pertikaian dengan International Petroleum Investment Company, IPIC.

Sementara itu, agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings dalam kenyataan pada Selasa yakin kesan kemungkiran faedah 1MDB pada April masih terkawal dan tidak menjejaskan penarafan Malaysia.
Fitch turut mengesahkan penarafan Malaysia pada ‘A-/Stabil’