Category Archives: Kerajaan

PERDA Akan Dikembalikan Kepada KKLW- Tahun 2016

TASEK GELUGOR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sentiasa bersedia dan terbuka untuk menerima kembali kemasukan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) sebagai agensinya.

ISMAIL SABRI: Sehingga kini geran bernilai hampir RM630,000 telah dimanfaatkan oleh 42 peserta Tube untuk memula dan menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang.

ISMAIL SABRI: Sehingga kini geran bernilai hampir RM630,000 telah dimanfaatkan oleh 42 peserta Tube untuk memula dan menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya sentiasa menyokong perkara itu jika ia lebih menguntungkan masyarakat Bumiputera dari segi keusahawanan, perusahaan dan pembangunan ekonomi.

“Asalnya Perda memang di bawah KKLW, di bawah agensi wilayah seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

“Namun Perda dikeluarkan perdana menteri pada waktu itu iaitu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana nak bagi tumpuan khas kepada Perda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBex) di Dataran Transformasi di sini, hari ini.

Beliau berkata jika Perda, yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 2005 dipulangkan kepada KKLW, kementerian bukan sahaja menyediakan pelbagai program khusus, malah turut mempunyai peruntukan khas untuk agensi berkenaan.

“Bagaimana pun keputusan untuk mengembalikan Perda kepada KKLW masih dalam pertimbangan MOF (Kementerian Kewangan) dan EPU (Unit Perancang Ekonomi),” kata Ismail Sabri.

Sementara itu Pengerusi Perda, Datuk Shabudin Yahaya berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminta agensi itu dimasukkan kembali di bawah KKLW lebih kurang dua tahun lalu.

“Perkara ini bukan mudah, perlu melalui pelbagai proses dan akan ambil masa yang lama (untuk diluluskan). Setakat ini respons diterima adalah baik dan pihak kementerian (KKLW) dan JPM (Jabatan Perdana Menteri) tiada halangan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memberitahu program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) yang dilaksana sejak 2014 berjaya mewujudkan 937 perniagaan baharu dengan nilai terkumpul sebanyak RM17.8 juta di samping mewujudkan kira-kira 850 peluang pekerjaan.

“Sehingga kini geran bernilai hampir RM630,000 telah dimanfaatkan oleh 42 peserta Tube untuk memula dan menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang.

“Mengenai PenBex, selain menjadi medan business matching atau business networking, ia juga berperanan sebagai platform kepada agensi-agensi kerajaan untuk kenal pasti usahawan berpotesni untuk pasaran dalam dan luar negara,” katanya.

GST BANYAK MEMBANTU NEGARA DIKATAKAN OLEH GABENOR BANK NEGARA 2016

PUTRAJAYA: Gabenor Bank Negara yang baru, Datuk Muhammad Ibrahim mengakui pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi sebagai langkah cerdik Kerajaan untuk membantu negara menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia.

NAJIB: 'Pengenalan GST, walaupun barang naik sikit, telah memberi asas kekuatan kepada hasil revenue base yang lebih besar kepada kerajaan dan negara kita'.

NAJIB: ‘Pengenalan GST, walaupun barang naik sikit, telah memberi asas kekuatan kepada hasil revenue base yang lebih besar kepada kerajaan dan negara kita’.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, perkara itu dimaklumkan dalam perbualan beliau dengan Muhammad baru-baru ini.

Menurut beliau, Muhammad berpendapat sekiranya langkah-langkah berkenaan tidak diperkenalkan, negara mungkin berdepan dengan nasib yang sama seperti negara Greece yang telah mengalami bankrap.

“Jadi pengenalan GST, walaupun harga barang naik telah memberi asas kekuatan kepada hasil revenue base yang lebih besar kepada kerajaan dan negara kita,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, pagi ini.

Najib berkata sekiranya “ditarik atau ditolak” RM40 bilion daripada hasil negara setahun, ia akan memberi kesan kepada negara.

Muhammad dilantik sebagai Gabenor Bank Negara ke-8 berkuatkuasa 1 Mei 2016 bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang bersara selepas menerajui bank pusat itu selama 16 tahun.

Tambah beliau, pengenalan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan langkah memberi kelonggaran cukai termasuk pengecualian barangan GST ‘zero-rated’ adalah untuk melindungi rakyat daripada tekanan.

Perdana Menteri berkata ketika ekonomi dunia berdepan dengan kejatuhan harga minyak dan juga harga komoditi lain, kerajaan masih lagi mampu menjalankan dan melaksana pelbagai program untuk rakyat.

Ia termasuk kenaikan tahunan khas satu mata tangga gaji bermula 1 Julai bagi pengawai-pegawai perkhidmatan awam yang akan tetap dilaksanakan serta gaji minimum yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua sektor termasuk industri kecil dan sederhana (IKS) untuk meningkatkan produktiviti masing-masing.
Tambahnya negara mencatatkan pencapaian 2.3 peratus untuk produktiviti negara ketika Rancangan Malaysia (RMK)ke-10.

Namun usaha perlu dilipatgandakan bagi meningkatkan kadar itu di bawah RMK11.

3 Sebab Utama Yang Menyebabkan Permohonan Pinjaman Perumahan Tidak Dilulus

KUALA LUMPUR: Penolakan kelulusan pinjaman perumahan dijangka lebih tinggi tahun ini berbanding tahun lepas.

Penolakkan kelulusan pinjaman perumahan dijangka lebih tinggi tahun ini - Datuk Abdul Farid Alias

Penolakkan kelulusan pinjaman perumahan dijangka lebih tinggi tahun ini – Datuk Abdul Farid Alias

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata menurut data Persatuan Perbankan Malaysia, pada 2015, sebanyak 456,000 permohonan dibuat bagi pinjaman perumahan

Daripada jumlah itu, 93,000 ataupun 20 peratus permohonan ditolak.

Tahun ini, setakat akhir Februari tahun ini, 20.6 peratus permohonan pinjaman perumahan tidak diluluskan.

Berikut adalah tiga sebab pemohonan pinjaman perumahan anda tidak diluluskan:

1. Nisbah kemampuan bayar balik hutang

Nisbah kemampuan bayar balik hutang ialah nisbah wang tunai yang ada dalam simpanan ke hutang khidmat untuk bayaran faedah, pokok dan pajakan.

Jika nisbah ini dilepasi, ini bermaksud terdapat banyak pinjaman di bawah nama pemohon dan pemohon mungkin tidak mampu membayar balik hutang.

2. Prestasi kredit yang kurang memuaskan

Pemohon dengan prestasi kredit yang kurang memuaskan selalunya mempunyai rekod perbankan yang tidak memuaskan.

Ini termasuk pembayaran hutang lewat lebih 90 hari dan kemuflisan.

Dokumentasi yang tidak menyokong pemohonan turut memainkan peranan yang penting dalam pinjaman perumahan.

3. Pendapatan yang tidak mencukupi
Pendapatan memainkan peranan yang penting dalam kelulusan pemohonan pinjaman perumahan.

Pada kebanyakan masa, pemohon tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membayar balik hutang.

Walau bagaimanapun, kerajaan meneruskan usaha menyediakan rumah mampu milik untuk membantu masyarakat memiliki rumah pertama.

10 Perkara yang perlu Tahu Dalam Laporan Bank Negara Malaysia Tahun 2015

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, meskipun berdepan persekitaran ekonomi global dan serantau yang lemah, ekonomi negara mencatatkan pengukuhan dan masih berdaya tahan.

41458735560_BANKNEGARABerikut adalah ringkasan laporan tahunan Bank Negara Malaysia bagi 2015 yang dibentangkan beliau baru-baru ini.

1. Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.0 hingga 4.5 peratus pada 2016 dengan permintaan domestik daripada sektor swasta jadi pemacu utama disokong sektor luaran.

2. Kecuali sektor pertanian, kesemua sektor lain dijangka berkembang dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal menjadi sektor utama.

3. Inflasi keseluruhan diunjur antara 2.5 hingga 3.5 peratus pada 2016 disebabkan peningkatan kos hidup yang memberi kesan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

4. Polisi monetari 2016 akan memberi tumpuan kepada keadaan monetari agar ia kekal menyokong pertumbuhan domestik dan kestabilan harga.

5. Institusi kewangan di Malaysia mempunyai permodalan kukuh dan kecairan untuk menampan cabaran pasaran dan mengekalkan keuntungan.

6. Kedudukan kewangan BNM kekal stabil pada 2015 dengan jumlah aset keseluruhan bernilai RM440.6 bilion meningkat berbanding tahun 2014 pada RM427.6 bilion.

7. Manakala rizab antarabangsa berada pada RM409.1 billion (AS$95.3 bilion) berbanding RM405.3 bilion pada 2014.

8. Untung bersih dicatatkan pada nilai RM7.79 bilion satu peningkatan berbanding RM6.4 bilion pada 2014.
9. Manakala serahan dividen kepada kerajaan pada 2015 kekal pada jumlah RM3.0 bilion sama seperti tahun sebelumnya.

10. Hutang luar negara Malaysia berjumlah RM833.7 bilion meningkat sediikit berbanding 2014 pada RM747.5 bilion disebabkan kemerosotan nilai Ringgit berbanding mata wang utama.

Malaysia Goverment Spent Near to RM300 Million for GST Implementation – Year 2016

KUALA LUMPUR: The government spent near to  RM300 million just for implementation of the Goods and Services Tax (GST) started on April 1, 2015.

This amount covered training grants, GST-compliant accounting software for small and medium scale enterprises (SME)s, as well as development of the MyGST system.

The RM300 million covers training grants, GST-compliant accounting software for SMEs and development of the MyGST system.

The RM300 million covers training grants, GST-compliant accounting software for SMEs and development of the MyGST system.

In the Dewan Rakyat today, the Finance Ministry said among the RM300 million, RM98 million was used on development of the MyGST computerisation system, developed by the Royal Malaysian Customs Department (Customs).

On the other hand, another RM94 million went towards subsidy for the purchase of GST-compliant accounting software managed by SME Corporation Malaysia.

The government also spent RM52.8 million for training grants which including seminars/briefings, handholding programmes and grants for training to associations/non-government bodies.

In addition, RM38 million was used on publicity programmes in different media channels, as well as GST awareness campaigns.

“The government through Customs and in collaboration with non-government bodies, as well as business organisations, implemented the training and awareness programmes.

“It was to help businesses gain a deeper understanding of the GST to achieve more effective compliance and implementation,” it added, in response to a question from Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Independent-Bandar┬áTun Razak).

Abdul Khalid had asked for details of the GST implementation and a detail breakdown of the operations costs.

The Finance Ministry said as of last Dec 31, 6,547 training and awareness programmes on the GST had been implemented nationwide and involved about 600,000 participants.